PENGENALAN

Persatuan Golf Negeri Perlis (GOLF PERLIS) telah mendapat kelulusan rasmi pendaftarannya daripada Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 12 Februari 2025 di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, dengan nombor pendaftaran N-PLS-15435. Persatuan ini juga telah berdaftar secara rasmi sebagai ahli bersekutu dengan Malaysian Golf Association (MGA).

Penubuhan persatuan ini adalah sebagai platform rasmi bagi pembangunan dan pengurusan sukan golf di Negeri Perlis, dengan penglibatan menyeluruh daripada pemain, ibu bapa, kelab golf serta pelbagai pihak berkepentingan.

Visi dan Misi
Visi

Menjadikan Negeri Perlis sebagai pusat pembangunan bakat golf yang melahirkan pemain berprestasi tinggi serta memperkukuh kedudukan golf sebagai sukan berprestij dan inklusif di Malaysia.

Misi
  1. Membina ekosistem pembangunan golf yang sistematik dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat profesional.

  2. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti golf sebagai gaya hidup sihat dan berdisiplin.

  3. Menyediakan platform pertandingan dan program pembangunan bakat untuk atlet pelapis.

  4. Memupuk kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, kerajaan, kelab golf dan badan sukan bagi memperkukuh pembangunan golf di Negeri Perlis.

KEAHLIAN
Keahlian

Keahlian Persatuan Golf Negeri Perlis adalah terbuka kepada semua rakyat Perlis yang berminat dengan sukan golf, sama ada pemain berdaftar, bakal pemain atau ibu bapa yang mahu memupuk minat anak-anak mereka.

Kategori keahlian terdiri daripada:

  • Ahli Biasa: Terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin di Negeri Perlis, berumur 18 tahun ke atas.

  • Ahli Bersekutu: Terbuka kepada individu berumur 7 tahun ke atas, dengan penekanan kepada golongan remaja sebagai kumpulan fokus untuk digilap bakatnya ke arah menjadi pemain profesional.

  • Ahli Gabungan: Terhad kepada kelab golf, yayasan atau pertubuhan berdaftar yang mempunyai padang golf sekurang-kurangnya 9 lubang dan menjadikan aktiviti golf sebagai aktiviti utama.

STRUKTUR ORGANISASI

Persatuan Golf Negeri Perlis diketuai oleh seorang Presiden, dibantu oleh Timbalan Presiden, yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Struktur utama adalah seperti berikut:

  • Presiden – Dilantik melalui AGM

  • Timbalan Presiden – Dilantik melalui AGM

  • Naib Presiden I – Exco Sukan, Kerajaan Negeri Perlis (lantikan automatik)

  • Naib Presiden II – Kapten Kelab Golf Putra (lantikan automatik)

  • Setiausaha & Bendahari – Dilantik oleh Presiden

  • Ahli Jawatankuasa (5 orang) – Dipilih melalui AGM

Struktur ini dibentuk bagi memastikan kepimpinan persatuan merangkumi wakil-wakil utama daripada kerajaan negeri, kelab golf serta komuniti pemain.

AKTIVITI

Bagi mencapai objektif penubuhannya, Persatuan Golf Negeri Perlis telah merancang pelbagai program dan kejohanan tahunan, antaranya:

  • Kejohanan Golf Remaja Tertutup Perlis

  • Kejohanan Golf Piala Tan Sri Radzi

  • Monthly Medal Piala Timbalan Presiden

  • Klinik Golf untuk pelajar sekolah rendah dan menengah

  • Kursus Pengadil Golf untuk guru-guru sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

KERJASAMA STRATEGIK

Persatuan Golf Negeri Perlis kini sedang memuktamadkan kerjasama rasmi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negeri telah dikenalpasti untuk menjadi rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan bakat golf di peringkat sekolah rendah dan menengah.

IDENTITI PERSATUAN

LOGO RASMI PERSATUAN

Alamat Rasmi

LOT 1573, BUKIT BESI HANGIT, JALAN RAJA MUDA, 01000 KANGAR, PERLIS

SALURAN RASMI

Email rasmi: perlis.golf@gmail.com

woman wearing yellow long-sleeved dress under white clouds and blue sky during daytime

Laman web Golf Perlis sangat informatif dan membantu dalam mengetahui aktiviti golf di negeri Perlis. Tahniah!

Ahmad Z.

A young person wearing a blue striped shirt, beige shorts, white cap, and golf gloves is preparing to hit a golf ball on a lush green golf course. The scene is surrounded by trees in the background, providing a serene and natural setting.
A young person wearing a blue striped shirt, beige shorts, white cap, and golf gloves is preparing to hit a golf ball on a lush green golf course. The scene is surrounded by trees in the background, providing a serene and natural setting.

Saya sangat teruja dengan adanya Persatuan Golf Negeri Perlis yang diharap akan dapat dijadikan payung kepada bakal pelapis pemain golf negara

Siti M.

A person is standing on a grassy field, holding a golf club in a ready-to-swing position. The individual is wearing a cap, a light-colored shirt, dark pants, and sports shoes. Surrounding the player are lush green bushes and trees, indicating a natural setting possibly on a golf course.
A person is standing on a grassy field, holding a golf club in a ready-to-swing position. The individual is wearing a cap, a light-colored shirt, dark pants, and sports shoes. Surrounding the player are lush green bushes and trees, indicating a natural setting possibly on a golf course.
★★★★★
★★★★★